Wednesday, February 16, 2011

Tamadun Manusia Tertua di Temui


LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.

Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.

Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.

Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.

Beliau berkata, artifak lain yang ditemui ialah pisau, alat tetak, batu pengetuk, batu melapah dan sisa-sisa kerja membuat alatan batu.

Sejak memulakan eskavasi pada 1997, pasukan tersebut sudah pun menemui batu berusia 40,000 tahun pada tahun 2001., kapak genggam kuno 2007, dan batu berusia 30 000 tahun 2008.

"kita telah menemui tapak prasejarah tertua didunia selain Afrika yang mempunyai pentarikhan kronometrik yang bakal mencabar beberapa pengetahuan asas dalam kebudayaan manusia awal dunia".

"Penemuan Bukit Bunuh menunjukkan masyarakatnya tidak nomadik malah mendiami kawasan ini secara berterusan kerana ada keperluan asas yang melebihi daripada biasa," kata beliau semasa membawa media tempatan melawat tapak penyelidikan itu buat kali pertama semalam.

Kawasan tersebut yang terletak kira-kira empat kilometer dari kawasan sejarah Kota Tampan kaya dengan sumber alam seperti batuan, sumber air serta fauna dan flora.

Tambah Mokhtar, beliau yakin tulang manusia bakal ditemui berdasarkan penemuan cebisan tulang-temulang di dalam beberapa batu suevite yang masih diperingkat kajian. Kata beliau, Jabatan Warisan Negara telah pun mengemukakan hasil penyelidikan tersebut kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu(UNESCO) untuk diwartakan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia.

"Wakil-wakil UNESCO akan melawat tapak kajian ini Julai nanti dan keputusan mengenainya Julai tahun hadapan," ujar beliau lagi.

Sumber : Kosmo 14 Februari 2011

For English Version : http://www.usm.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pulau Kelumpang Dari Perspektif Arkeologi
We’ve said that at campus, learning in class is nothing like you’ve ever experienced before. That’s true. But in campus you’ll also be challenged to learn and grow outside the classroom. We’re are a close-knit community where students do much more than just go to class together. The campus is a hub of activity where anything can happen – a small group late-night study session, a concert in the student-run Cave or an impromptu mud football game. There’s a hometown feel to the place. Everyone is in it together, in the residence hall; on athletic fields, courts and in the stands; on the stage and in the audience for performing arts; and in scores of campus clubs Yes, it’s a special place. It’s a place where students learn, live and laugh. And there will be no end to the things you can do and the friendships you’ll make.