Tuesday, January 11, 2011

PAMERAN BATU-BATUAN PELIK


16 Disember 2010 – 16 Februari 2011
Muzium Alam Semulajadi, Presint 15 Putrajaya

Pengenalan
Pameran batu-batuan pelik mempamerkan pelbagai jenis batuan yang unik terdiri dari batu meteor, fosil kayu terpetri dan koleksi mineral-mineral unik. Pembentukan batu-batuan ini terhasil dari proses geologi selama jutaan tahun. Batu meteor sebagai contoh merupakan batuan dari angkasa lepas yang jatuh bebas ke permukaan bumi akibat dari perlanggaran dan pergeseran batuan asteroid di angkasa. Fosil kayu terpetri terhasil dari proses pemendapan sedimen, pengisian mineral (kebiasaannya silika) dan sekitaran yang sesuai yang menghalang kayu tersebut daripada mereput dan terpelihara dengan baik. Mineral unik pula mempunyai ciri-ciri kandungan kimia tertentu, struktur susunan atom teratur dan ciri-ciri fizikal spesifik. Hasilnya hablur yang terbentuk mempunyai pelbagai warna, kekerasan, kilauan/relapan, retakan, ira dan corekan yang berbeza.

Fakta Meteor
Sesekali kita beruntung dapat menyaksikan keindahan meteor yang bersinar seperti bintang yang meluncur dilangit malam.

Bayangkan seketika, sebiji meteor besar yang meluncur jauh dan berjaya melepasi lapisan–lapisan pelindung atmosfera bumi. Pemerhati akan nampak sebiji bola api yang menggerunkan dengan ekor panjang yang bernyala dan menyinar panas, yang mana memberi gambaran tentang geseran yang berlaku diantara udara dan meteorit itu. Jika pemerhati lebih dekat lagi, mereka juga akan dapat mendengar seperti dentuman guruh yang bergulung–gulung yang mengiring fenomena yang hebat termasuk impaknya dengan bumi yang mengakibatkan gegaran di bawah kaki.

Terdapat pelbagai bukti sains yang menyokong teori bahawa meteorit adalah serpihan daripada objek–objek batuan yang berlaga sesama sendiri semasa mengorbit matahari dalam lingkungan jalur asteroid yang berada di antara Marikh dan Musytari. Objek–objek batuan tersebut terbentuk dari awan gas dan debu purbakala semasa evolusi awalan sistem suria 4.5 ribu juta tahun dahulu.

Apakah Meteor?
Meteor ialah objek semulajadi yang berasal dari angkasa lepas dan jatuh ke tanah melepasi atmosfera bumi. Kebanyakannya ialah serpihan asteroid atau berkemungkinan komet. Namun begitu, ada juga yang didapati ialah ketulan bulan atau Marikh yang terbebas di angkasa disebabkan berlaku perlanggaran. Semasa bergerak di ruang angkasa objek ini dikenali sebagai meteoroid. Pancaran cahaya yang dihasilkannya ketika melalui atmosfera bumi dikenali sebagai meteor.

Terdapat tiga jenis meteorit yang utama. Paling banyak ialah meteorit berbatu yang sebahagian besarnya terdiri daripada mineral silikat seperti olivin, piroksen dan feldspar. Sepertimana namanya, meteorit besi keseluruhannya terdiri daripada besi tetapi turut mengandungi sejumlah nikel. Di antara ketiga-tiga ini yang paling luar biasa ialah meteorit berbatu-besi. Ia adalah campuran bahan batu dan logam.

Apakah Fosil?

Fosil merupakan tinggalan organisma hidup yang pernah hidup pada usia geologi yang lampau, yang terawet secara semula jadi.

Fosil termasuklah bahagian-bahagian yang keras dan lembut pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, tulang rangka, kesan, jejak, korekan, dan acuan.

Fosil terbentuk apabila mineral menggantikan bahagian badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang tertanam semasa berlakunya pemendapan sedimen.

Kayu Terkejur
Bagi membolehkan fosil kayu terkejur, kayu tersebut terlebih dahulu mesti dilitupi dengan agen-egen tertentu seperti abu gunung berapi, lumpur gunung berapi, endapan dalam tasik dan belukar atau bahan-bahan yang dihanyutkan oleh banjir besar – tentu sekali tidak termasuk oksigen dan dengan demikian menghalang pereputan. Beberapa jenis bahan mineral (seperti kalsit, pirit, markasit) boleh menyebabkan kayu terkejur, namun sehingga kini yang paling biasa ialah silika. Larutan silika yang larut di dalam air tanah meresap ke dalam kayu yang tertanam dan melalui satu proses kimia yang rumit akan dimendapkan dan dibiarkan dalam sel tumbuhan masing-masing. Di sini, silika akan membentuk samada akik, jasper, kalsedoni atau opal (baiduri). Keindahan dan kepelbagaian warna fosil kayu ini adalahdisebabkan kehadiran mineral lain yang meresap ke dalam kayu bersama larutan silika. Besi oksida memberi kayu warna jingga, karat, merah atau kuning. Mangan oksida menghasilkan warna biru, hitam atau ungu.

Amber
Ambar terhasil dari sap/resin pokok yang membeku dan terfosil melalui proses polimerisasi semulajadi. Ia hanya akan terbentuk setelah jutaan tahun akibat daripada proses oksidasi dan polimerisasi terhadap unsur-unsur organik di dalamnya. Ambar juga memerlukan persekitaran yang sesuai kerana ia akan teroksida apabila terdedah kepada oksigen. Oleh itu, kebiasaannya ambar terbentuk pada persekitaran yang padat, sedimen basah (lempung dan pasir) yang berada di bahagian bawah delta sungai dan lagun kuno. Walau bagaimanapun, hanya resin yang cukup keras dan stabil sahaja yang akan membentuk fosil, iaitu mampan terhadap keadaan degradasi dan pengendapan. Fosil resin tersebut akan kekal di dalam bahan sedimen yang berada di sekitarnya.

Alat Batu Dalam SUEVIT Bukit-Bunuh, Lenggong Perak
Alat batu dalam Suevit dijumpai hasil kajian di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak pada tahun 2008 yang menemukan artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan. Artifak ini ditemui melekat di dalam batuan suevit,sejenis batuan yang terbentuk akibat hentaman meteorit yang berlaku 1.8 juta tahun dahulu. Penemuan ini mencadangkan bahawa artifak tersebut berusia lebih 1.8 juta tahun kerana artifak itu ditemui melekat di dalam batu suevit. Ini bermakna masyarakat terawal di rantau Asia Tenggara adalah di Malaysia, khususnya di Lembah Lenggong.


Untuk maklumat lanjut, kunjungi : http://blog.jmm.gov.my/2010/12/21/pameran-batu-batuan-pelik/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pulau Kelumpang Dari Perspektif Arkeologi
We’ve said that at campus, learning in class is nothing like you’ve ever experienced before. That’s true. But in campus you’ll also be challenged to learn and grow outside the classroom. We’re are a close-knit community where students do much more than just go to class together. The campus is a hub of activity where anything can happen – a small group late-night study session, a concert in the student-run Cave or an impromptu mud football game. There’s a hometown feel to the place. Everyone is in it together, in the residence hall; on athletic fields, courts and in the stands; on the stage and in the audience for performing arts; and in scores of campus clubs Yes, it’s a special place. It’s a place where students learn, live and laugh. And there will be no end to the things you can do and the friendships you’ll make.