MAJLIS Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (MPPUSM)  mewujudkan Hari Lestari setiap Isnin sebagai usaha menyuntik kesedaran  warga kampus terhadap semangat cintakan bumi.
  Yang Dipertua MPPUSM, Muhammad Idzuan Jamal�ludin, berkata usaha itu  bertepatan  hasrat universiti mewujudkan suasana bersih dan sihat di  kampus sekali gus memberi peluang mahasiswa menjalani kehidupan  berkualiti.
     Menurutnya, sebagai permulaan, semua exco MPPUSM  berbasikal ke  kuliah dan menjadi contoh kepada mahasiswa lain untuk mengikuti langkah  serupa.
“ Usaha ini bukan saja untuk memberi mesej supaya menyayangi bumi  juga  langkah untuk mengelakkan pencemaran dan kesesakan  kampus di  samping menjayakan kehidupan sihat di kalangan mahasiswa. 
      
   
  
“ Sebagai permulaan, MPPUSM sudah memulakan langkah awal berbasikal  ke kuliah dan berharap mereka yang lain mengikutinya. Biarpun tidak  diwajibkan, MPPUSM berharap mereka akan menyokong usaha ini. 
            
  
“ Pada masa sama, langkah pengurangan penggunaan beg plastik di  kampus juga akan dilakukan secara berperingkat demi kebaikan semua,”  katanya.
Bagi memberi peluang mahasiswa menyuarakan pendapat menggunakan  saluran betul, MPPUSM juga dalam perancangan untuk menganjurkan  konvensyen pembentukan parlimen mahasiswa peringkat nasional yang  dijangka berlangsung bulan depan.http://www.blogger.com/img/blank.gif
“ MPPUSM kini dalam usaha  mengumpulkan penyertaan semua institusi  pengajian tinggi awam untuk datang ke USM bagi tujuan itu. Melalui  kewujudan parlimen mahasiswa ini, mereka ada saluran betul untuk  menyalurkan pendapat atau pandangan.
“ Ini juga menjadi bukti pihak berkaitan seperti Kementerian  Pengajian Tinggi sangat terbuka dan mahu mendengar pandangan mahasiswa  sekali gus membuka peluang mereka bersikap lebih rasional dalam  mengambil apa jua tindakan,” katanya.
Sumber : 
Metro Online  
0 comments:
Post a Comment