Tuesday, March 8, 2011

Program Mini Library Bersama Masyarakat Orang Asli

UNIT Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Kelab Sahabat Perpustakaan Kolej PTPL Sentral menganjurkan Program Mini Library PTPL Bersama Masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli Ulu Batu, Gombak, baru baru ini.

Program sehari itu bermatlamat menjalin hubungan mesra bersama masyarakat berkenaan sekali gus mengecilkan jurang antara dua golongan.

Disertai 30 pelajar, program itu mendapat sokongan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Gombak membabitkan 23 keluarga.

Pengarah program, Amir Farhan Abd Rahim, berkata Kolej PTPL Sentral menganjurkan program itu bagi membantu masyarakat terbabit menjana ilmu dan pendidikan.

Beliau berkata, tanggapan negatif kepada golongan itu perlu ditangkis dan mereka berhak menerima pembaharuan serta perkembangan pendidikan demi masa depan lebih baik.

"Tanpa diskriminasi, mereka adalah kelompok yang wajar mendapat peluang pendidikan dan ilmu pengetahuan.

"Program ini memberi kesedaran kepada golongan dewasa kepentingan menghantar anak ke sekolah.

"Kami berusaha mewujudkan hubungan mesra antara pelajar dan masyarakat Orang Asli dan sokongan yang diterima membuktikan mereka bersikap terbuka untuk mengubah kehidupan.

"Ia adalah cabaran baru kepada kami untuk memenangi hati masyarakat terbabit selain menjayakan misi supaya mampu mencapai matlamat. Ia kenangan manis sukar dilupakan," katanya.


Antara aktiviti lain ialah motivasi, sumbangan makanan selain pembinaan sudut bacaan bagi kegunaan kanak-kanak dan masyarakat kampung itu.

Wednesday, March 2, 2011

Pilihan Raya Kampus - Sentiasa Panas


MASIH tidak berubah, segelintir mahasiswa menjadikan pilihan raya kampus tempat meluahkan ketidakpuasan hati dan emosi.

Meskipun kebanyakan warga kampus enggan diperguna dan diperkotak-katik, tindakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri bagai menyusahkan orang lain hingga mengganggu kelancaran proses pembelajaran dan ketenteraman.

Akhirnya, timbul persoalan apakah mereka tidak memikirkan kesan jangka panjang akibat perbalahan dan pertelingkahan atau hanya hangat sementara.

Calon Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertanding atas tiket Bebas, Nik Muhammad Hanis Nek Rakami, berkata pilihan raya adalah platform mahasiswa memperjuangkan idealisme dan pandangan masing-masing.

Menurutnya, sikap pihak atasan yang memandang remeh kehendak atau pandangan mahasiswa menyebabkan mereka mengambil kesempatan mempergunakan pilihan raya sebagai medium melahirkan emosi.

“Bagi segelintir mahasiswa, pilihan raya kampus amat dinanti-natikan kerana inilah peluang meluahkan emosi serta pandangan tanpa sekatan.

“Pertembungan pendapat tidak dapat dielakkan. Selalunya mahasiswa lebih berminat melihat isu dan jika calon itu boleh dipercayai, mereka akan memilih,” katanya.

Apakah isu yang sering mendapat tumpuan di kalangan mahasiswa?

Katanya, soal kebajikan adalah agenda utama kempen calon perwakilan pelajar.

“Kebajikan mewakili skop yang luas. Ada mahu kemudahan kediaman dan biasiswa manakala yang lain berharap hubungan dengan hal ehwal pelajar dan mahasiswa lebih telus serta terbuka.

“Jika calon pandai mencari peluang, ini akan melonjak saham mereka sebagai pilihan. Bagaimanapun, ada isu nasional sering dibangkitkan atas tujuan tertentu sekali gus menjadikan bahang pilihan raya kampus hangat,” katanya.

Pertembungan pihak yang berjuang menerusi manifesto masing-masing juga menjadikan pilihan raya kampus medan perbalahan menegakkan pendapat.

Sama ada calon Pro-Aspirasi (Pro-A), Pro-Mahasiswa (Pro-M) atau Bebas, mereka perlu bijak menggunakan pendekatan ilmiah dan kematangan sebagai pemimpin.

Calon Umum Pro-M, Kelvin Tee, berkata walaupun masyarakat melihat pilihan raya kampus pentas politik picisan, ia landasan terbaik menonjolkan kewibawaan masing-masing.

“Ada pihak melabelkan kamii kuda tunggangan orang lain tapi adakah mereka faham perjuangan kami yang bangkit atas rasa tertindas dan dinafikan hak?

“Adakah salah jika mahu mengembalikan kuasa kepada mahasiswa sendiri untuk membuat keputusan.

“Kehendak kami ialah memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk mencorakkan perjalanan masing-masing tanpa campur tangan pentadbiran.

“Kami diperlekehkan seolah-olah suara kami tidak laku. Pro-M selalu menekankan isu kebebasan mahasiswa dan pihak pentadbiran tidak boleh campur tangan dalam urusan membabitkan mahasiswa,” katanya.

Inilah yang berlaku apabila hak mahasiswa dicabuli seperti insiden di Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila Pro-M bagai mengambil tindakan undang-undang membantah keputusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan membatalkan pencalonan 33 calon Pro-M termasuk 11 daripadanya yang menang pada pemilihan, Isnin lalu

Mereka mendesak Dr Mohd Fauzi meletak jawatan dan mencabar kewibawaan universiti bagi membuktikan ketelusan dan semangat demokrasi berpolitik.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta isu itu diselesaikan secara perbincangan antara kedua-dua pihak bagi menyuburkan proses demokrasi.

Ketua Jabatan Falsafah dan Kajian Ketamadunan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Zaid Ahmad, berkata ketaksuban mahasiswa terhadap rencah politik boleh membawa pelbagai definisi berbeza.

Menurutnya, mahasiswa perlu menggunakan pilihan raya kampus sebagai platform menjana proses kematangan, kedewasaan serta keilmuan tinggi untuk membina pengalaman.

“Malangnya ini sukar berlaku kerana sejak dulu, pilihan raya kampus sentiasa menjadi medan panas untuk memperjuangkan agenda tertentu yang kadang kala tidak relevan,” katanya.

Beliau mengakui, ada mahasiswa terikut-ikut cara politik di luar sehingga menyimpang kepada isu-isu nasional.

“Pilihan raya memang gelanggang berpolitik dan tidak salah jika ingin berkempen tetapi pastikan ia mengikut lunas undang-undang.

“Ia bukan tindakan semberono meskipun diperjuangkan atas dasar hak untuk membela nasib mahasiswa lain.

“Jangan samakan politik kampus dengan politik nasional kerana proses, agenda, manifestonya berbeza,” katanya.

Beliau turut tidak bersetuju apabila mahasiswa menggunakan pilihan raya sebagai landasan memenuhkan agenda tertentu hingga menyebabkan mereka tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.

“Masih ada mahasiswa yang taksub dengan perjuangan serta idealisme dibawa kerana mungkin terpengaruh dengan dakyah dicetuskan pemimpin dikagumi.

“Biar apapun matlamat perjuangan, mahasiswa perlu menggunakan kesempatan pilihan raya kampus untuk mencari pengalaman, ilmu dan kemahiran sebelum menyertai pilihan raya sebenar di luar,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pulau Kelumpang Dari Perspektif Arkeologi
We’ve said that at campus, learning in class is nothing like you’ve ever experienced before. That’s true. But in campus you’ll also be challenged to learn and grow outside the classroom. We’re are a close-knit community where students do much more than just go to class together. The campus is a hub of activity where anything can happen – a small group late-night study session, a concert in the student-run Cave or an impromptu mud football game. There’s a hometown feel to the place. Everyone is in it together, in the residence hall; on athletic fields, courts and in the stands; on the stage and in the audience for performing arts; and in scores of campus clubs Yes, it’s a special place. It’s a place where students learn, live and laugh. And there will be no end to the things you can do and the friendships you’ll make.